Sunday, March 20, 2011

Tips: Wash & Care

Untuk tudung, shawl, inner dan apa jua hijab supaya tahan lama, berikut ialah tips-tips dari Orked Ventures:


BASUH (WASH)
  • Jangan basuh guna washing machine. A big NO, NO!
  • Sebaliknya, basuh menggunakan tangan sahaja especially tudung/hijab yang ada awning.
  • Gunakan sabun yang lembut. Sabun cecair pencuci adalah lebih baik kerana tidak meninggalkan kesan-kesan sabun yang boleh merosakkan tudung/hijab sekiranya tidak dibilas dengan bersih.
  • Bilas bersih-bersih.
  • Perah dengan lembut sahaja. Ramas-ramas jer tudung tu bagi air keluar. Janganlah perah sampai macam nak terputus benang-benang tudung tu... hehehe...
  • Jangan sesekali perah awning tudung/hijab! Biarkan je, perah body tudung sahaja tau!


SIDAI (HANG)
  • Sidai di tempat yang redup. Jangan sidai di bawah matahari.
  • Kalau risau tempat sidai tudung/hijab tu becak (sebab perah lembut sahaja tadi kan...), letakkan besen/baldi kosong di bawah tudung/hijab yang dibasuh tadi sebagai tadahan untuk air yang menitik.
  • Sidaikan bahagian dalam tudung/hijab tu, ke luar. Maksudnya, bila sidai tu, terbalikkan tudung/hijab tu supaya bahagian dalam tudung/hijab tu berada di sebelah luar. Ini untuk mengekalkan warna dan corak tudung/hijab tahan lama.

LIPAT & SIMPAN
  • Lipat shawl/selendang ikut suka.
  • Simpan shawl/tudung/hijab di tempat yang khas yang tidak bercampur dengan pakaian yang lain. Pakaian yang lain ada zip, cangkuk yang bila tersangkut kat kain shawl/hijab/tudung especially yang materialnya sangat-sangat fragile (silk, chiffon etc), akan menyebabkan benang tercarik dan jadi tak cantik nanti! :-(
  • Di bawah ni cara-cara untuk melipat tudung/hijab yang ada awning.

Note: Kami akan kemaskinikan tips ini dari semasa ke semasa.